"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here
Showing posts with label Hari Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 2012. Show all posts

Friday, October 26, 2012

Kangar-Jelebu? Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012 !! :D

"안녕 하세요 !! :) 

내가 진짜 보고싶어
  Okay what's that? It's mean "Hello, I really miss you !!

I actually trying to get myself used to the hangul keyboard that I have installed to my laptop.
     I am currently using a Samsung phone model,so it supports hangul characters...Differently with my laptop.... Hmm.. nevermind then..Cut the story off and now I'm going to tell you straight about what happened recently.. And yea before that,I want to wish all my Muslim readers all over the world, " Happy Eidul Adha" ^___^




Excuse me for this Malay post.. hehe

     Dah malas nak tulis dalam English la ni HAHA..  Biasalah.. manusia kan suka mood berubah-ubah ni..XD Bosan pulak bila asyik update dalam English,last-last bila nak tulis dalam Melayu pun boleh jadi kekok -__-
Ha meh la aku nak cerita sikit apa jadi kat aku sepanjang 2-3 minggu aku menyepikan diri dari blog ni hahaha

     Aku sebenarnya busy dengan exam.. Maklumlah,minggu lepas adalah merupakan minggu Tests,Quizzes,dan segala macam assignments haihh melambak betul.. sampaikan nak telefon famili pun tak sempat tau :( tapi takpela,yang penting minggu ni dapat dihabiskan kat rumah di Negeri Sembilan ni hehek ;)

     Oh ya.. aku ni memang rajin melepak kat Perpustakaan Utama Pauh Putra (Perpustakaan Tuanku Faizzuddin Putra),Universiti Malaysia Perlis pada setiap hari Isnin dan Selasa. Kelas aku untuk dua hari tu bukanlah pack,cuma gap antara kelas tu jauh sangat.. Daripada aku ulang-alik ke Wang Ulu baik aku stay je kat Pauh tu kan.. huhuhu

    So,nak dijadikan cerita hari Selasa lepas aku and kawan aku Asmah pun pergi ke library tu (dah jadi rutin,lepas kelas Mathematics Engineering I pukul 12 tengahari).. Kelas seterusnya pula pukul 4 petang so memang lama lah nak stay kat library tu.. Kami pun buat la keputusan nak 'seludup' masuk keropok... (keropok apa aku dah lupa hahaha) boleh pulak time nak sorokkan dalam jaket (ada guna jugak jaket ni hahahaa) pakcik guard tu tegur " Eh,nak makan keropok ke?" ALAMAK KANTOI PULAK DAH -__-

     Time tu memang aku and Asmah sengih-sengih macam kerang busuk hehehehe... Lepas tu apa lagi.... ketawa berdekah-dekah la hahahaha..what an awkward moment betul la haihh XDD nasib baiklah pakcik yang baik lagi handsome tu tak buat apa-apa hihi.. So,dengan selamba kerja penyeludupan kami success hahaha..


     Aku tau cerita ni macam keanak-anakan sikit but biarlah hahah.. ini adalah atas permintaan Asmah jugak hehehe (sorry my dear jangan marah naa hehek)

     Back to this raya celebration, aku cuma nak cerita pasal my first time trip back from Perlis to Negeri Sembilan hihihi.. takda apa yang special pun cuma apa yang aku nak bagitau perjalanan jauh pada waktu malam adalah sangat menenangkan okay! ahaha

     Memang terasa macam dekat dan sekejap je perjalanan tu walaupun sebenarnya mengambil masa selama hampir 12 jam ! Bukan sebab apa.. Sebabnya aku memang tidur je sepanjang perjalanan hahaha.. Bas bertolak dari Kangar pukul 11malam, aku layan cerita survival yang pak cik bas tu bukak sampai pukul 1 pagi..Pastu online kejap sebelum tidur..

    Terjaga dalam pukul 6 pagi dan masa tu rupanya dah sampai Sungai Buloh.. Kejap je kan? haha.. Sempat lagi online sebelum sampai Seremban pukul 8pagi.. Kesimpulannya,perjalanan dari Kangar,Perlis ke Jelebu,Negeri Sembilan mengambil masa hampir 12 jam!hihihi

I think that's all for this time.. I will tell you more later... Xoxo

/Will have Science Engineering test and TITAS test after this holiday... Urghh../


Read More

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya 2012 ;) Duka dan gembira..

Hello semua.. Memandangkan kali ni post adalah berkenaan dengan hal diri aku dan agak rumit (and malas) nak translate kepada bahasa kedua aku,iaitu English maka dengan ini izinkan post kali ini ditulis dalam bahasa Melayu hihi..

     So,amacam sambutan raya dekat tempat korang? Mesti best kan.. Ha.. Ini yang nak start cerita sedih ni.. Tahun ni merupakan tibanya giliran untuk beraya di kampung sebelah abah aku kat Jengka 3,Pahang.. Jadi,punya lah seronok nak menyambut kedatangan Syawal..Kitorang pun balik awal sikit..(Yela.. nak buat semua persiapan nak sambut raya ni)

     Aku dan family terpaksa bertolak balik kampung pada hari kedua terakhir Ramadan.. Terasa awal sangat pulak kan.. Tu la pasal,majikan abah pulak buat hal.. Cuti dia dibekukan oleh orang atasan pada saat-saat terakhir.. Cuti abah and rakan-rakannya tak la dibekukan,tapi ada syarat sebelum balik beraya,iaitu kena tunaikan Solat Hari Raya bersama-sama.. Lepas tu baru boleh balik ke kampung masing-masing.. Aish,tu la susahnya bila bekerja dengan orang.. So,besar nanti jadi lah bos,okay? Hihi

Nak dijadikan cerita… Masa hari last kia berpuasa..

     Semua orang sibuk nak siapkan apa yang patut untuk sambutan raya kali ni.. Bakar lemang,Kemas rumah,masak rendang and etc.. Yang aku ni,dapat shif untuk keringkan semua daun pisang.. Sebagai persiapan untuk menyediakan lemang.. Aku pun sidai la semua daun pisang tu kat belakang rumah.. Masa aku nak kutip balik semua daun tu,kaki aku terpijak paku lama yang sepanjang 2 inci setengah tu.. Orang lain punya la lama duduk kat belakang rumah tu,aku jugak yang kena.. Itu la orang kata,”kalau nak terkena tu, kena jugak”.

     Lebih kurang macam ni la rupa paku yang aku terpijak tu :’( (ehek,takdela sampai tembus kaki aku,yang masuk dalam kaki aku cuma setengah inci,eh dalam jugak tu)



     Hmm.. straight lepas terpijak paku tu,pak cik aku terus tepuk kaki aku dengan selipar dua kali (kuat wehh!) kononnya untuk keluarkan bias paku yang berkarat tu.. Then,terus pergi klinik untuk dapatkan suntikan Tetanus.. yela,berkarat tu.. bahaya tau.. Akibatnya? Aku tak dapat la nak beraya ! L

     Kaki aku ni terhencot-hencot je.. Punya la sakit time nak menapak.. “ Alaaaa… ciannya diaaa” à aku selalu dengar ayat ni -,- Rasa macam nak sepak pun ada.. dah nampak aku sakit tu tolong la dukung ke apa… eh? Hahaha

     Aku pun kurang bergambar la raya kali ni.. hihi aku memang tak gemar snap-snap pictures ni.. Rasa macam artis.. ops! Haha takdela… hikhik.. Nah amik la sekeping dua..

My family ;) Izzul,apahal mata kau tu?


With my siblings..


Apa-apa pun,raya tak habis lagi ni.. So, Selamat Hari Raya to all my muslim readers !
P/s : Next week nak daftar masuk Universiti,harap-harap kaki ni sempat sembuh.. Doakan la yer hihi..

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com