"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Saturday, July 2, 2011

MY FIRST OUTING TO SHAH ALAM..

     Seronok betul bila dapat keluar dari UiTM Puncak Alam tu.HAHA..Mulanya aku ingat nak keluar pukul 3.00 petang.Dah siap semua dah.Aku pun turun lah dengan roomate tersayang~lalaa..Tapi  kan,tadi aku memang kena ujian lah..AKU TERSALAH NAIK BAS! Aku kan nak pergi Shah Alam.Sepatutnya aku naik bas U90,tapi entah macam mana aku terikut dengan satu group perempuan ni naik bas T600..Apa lagi bas tu pun pusing sekitar Puncak Alam jela.Rupa-rupanya yang group perempuan tu semuanya nak pergi Mc Donald je.Aishh..

     Aku dengan roomate aku tunggu jela dalam bas..[Okay,part dalam bas ni yang  best..HAHA]
Kitorang pun berborak lah dengan abang bas tu.Lagi pun,abang tu yang offer diri jadi 'pemandu pelancong' kitorang  tadi,,HAHA..Semua hal pasal bas dia cerita sampai lah pasal Bas Rengit[Alah,bas hijau yang selalu dua tiga buah sekali masuk keluar UiTM tuh]...

     Borak punya borak ,abang tu pun tanya kitorang..."Awak ni sebenarnya nak turun mana ni?Kat Puncak Alam ni ada satu je tempat nak beli-belah ni.Dekat Pasaraya Econsave.Pernah dengar tak?" [Ish3,apa dia ni ingat aku tinggal kat hulu mana sampai tak tau pasal kewujudan Econsave tuh? =,= Mestilah aku tau kan..heh

     Pastu dia sambung "Kalau awak nak turun kat Econsave tu boleh je.Tapi bagitau la bila awak nak balik.Sebab sebenarnya Pasaraya Econsave tu bukan dalam laluan Bas RapidKL ni.Saya akan lalu kawasan tu dalam sejam lagi.Itupun kalau awak nak turun situ la." [Alahai,baiknya abang ni.Baik hati pulak nak ambil kitorang ni.] HAHA...

     So,aku dan roomate aku pun buat keputusan nak balik UiTM jela.Pastu ambil bas U90 untuk pergi Shah Alam..Nasib kitorang memang baik ni sebab masa abang tu hantar kitorang,ada satu bas masuk UiTM pada masa yang sama.So,kitorang terus switch bas jela kan.huhu..Lega betul.Eh eh,lupa nak cerita ni...Masa nak masuk UiTM [kat post guard tu] abang tu ada tanya satu soalan." Kalau awak betul-betul pandai,awak mesti boleh jawab soalan ni.Sebenarnya,bentuk post guard ni serupa dengan bentuk apa?" Roomate aku jawab,kapal? SALAH!  Dan jawapan yang aku teka BETUL!!! HAHA xD [Korang,sori eh..aku dah janji dengan abang tu yang aku kena rahsiakan jawapan TEPAT aku tu..hehe]

     Okay,berbalik pada masa outing...Lepas dah switch ke bas U90..aku pun sampai lah ke SHAH ALAM CONVENTION CENTER..huhu..Bila aku nampak banner yang menunjukkan adanya PESTA BUKU,terus aku ajak roomate aku masuk dalam convention center tu..[Seronok gila bhai dpt beli buku banyak-banyak ni.HAHA] Aku cari buku CTU tapi abang kaunter tu kata dah habis stok! Sedihnya aku dengar :'(

     Ni lah antara buku yang aku beli tadi..{aku tak letak semua..malas nak letak.hehe]








     Lepas dah siap beli buku [sebenarnya nak beli lagi tapi taknak membazir dah :) ] tiba-tiba je aku rasa lapar ni..Aku pun ajak la roomate aku pergi cari KFC..hehe..Punya la kitorang jalan laju-laju sebab takut kena tinggal bas nanti.Masa tu dah pukul 5.30petang..Peh,dah dua jam kitorang merayap dalam SACC tu rupanya.. :O Patut lah aku dah lapar balik.HAHA..

     Bas terakhir ke Puncak Alam yang katanya tak sesak akan berhenti depan SACC tu dalam pukul 6.00petang.Sebab tu kitorang pakat rushing..hoho..Dalam KFC tu ada pula perkara lain yang buat aku nyaris nak mengamuk tadi.LEMBAB GILA SERVICE! Heh Iqqa,kau bajet kau sorang je ke pelanggan yang diorang kena layan? =,= Eh,bukan tu maksud aku.Yang buat aku bengang adalah bila kakak kaunter tu sesedap hati je TUTUP KAUNTER yang aku dah tunggu lama..Bila sampai turn aku,terus dia letak "COUNTER CLOSED.PLEASE GO TO THE NEXT COUNTER." Heh.bengangnya aku!!! Tak masal aku kena beratur balik dalam line lain..GRR...

     Dah lama aku bersabar,akhirnya dalam pukul 6.15 petang baru kitorang keluar KFC tu.. Aku bungkus je,malas nak makan situ..Aku dahla makan macam tuan puteri.(bak kata roomate aku laa...hehe).Kalau makan kat situ,boleh jadi aku kena tinggal bas nanti..heheh..xD  Okay,ni satu lagi ujian aku hari ni...Aku  tunggu bas nak dekat SEJAM kat bus stop tu tau takk!! Sabar jela kann.. Yang syiokk tuh,punya lah banyak bas dari SACC nak ke UiTM Shah Alam..Sakit hati aku weh..Asyik usha bas yang datang je..Entah mana hilangnya bas U90 nih =,=

     Pukul 7.10 malam baru nampak muka bas U90 tuh..aku pun apa lagi kan..terus je masuk perut bas tu..Nak balik cepat ni..hahaha...Aku kira bernasib baik sebab dapat jugak tempat duduk..Dahla masa on the way nak ke SACC tadi aku berdiri lama gak la..Dari UiTM Puncak Alam sampai Stesen Bas Shah Alam tu....Pukul 8.00 malam baru sampai UiTM Puncak Alam..Peh,hampir sejam wehhh..Okay,sekarang aku dah pun duduk berehat dalam bilik kesayangan aku ni,,hohoho xD

                                      Thanks for reading.Do leave your comment. :D
Reactions:

4 00 cute and handsome bloggers comments:

KeyHalims said...

serupa bentuk ape doe? AKU NAK TAUUU

Kay Aiden said...

HAHA rahsia aku dgn abang tu laaa..hehehe xD

Miss Lollipop said...

la!!!
cian nyerh kwn aq ni...
ha3
xpe kre cri penglmn jgak la

Kay Aiden said...

huhuhu...sabar jela kan... banyak betul dugaannya..uhuhu

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com