Peh,,,tajuk macam tak boleh blah je kan..HAHA..Aku nak rindu siapa lagi kalau bukan family dan juga blog ni..HEHE...Hari ni aku balik awal.Ada lah dalam pukul 3 petang...Sepatutnya boleh balik pukul 12.30 pagi tadi tapi aku kena hadiri perjumpaan kokurikulum Kelab Lawatan Sambil Belajar..huhu..Itu yang jadi aku balik lambat sikit dari biasa..
Sekarang ni aku cuba untuk buat diri aku rileks yang boleh sebab aku ni senang kena stress.[hasil daripada ujian stress yang aku ambil kat Minggu Kaunseling hari tu]...Cara yang paling baik untuk aku kurangkan stress adalah dengan MAKAN,MAKAN,dan MAKAN..HAHA..Betul ni sebab inilah yang aku buat bila aku start tensen ni.
Maka,aku dah penuhkan stok kudap-kudap untuk aku kunyah bila aku start tensen..huhu..Perlu sangat ni sebab aku rasa lega sikit bila mulut aku ni mengunyah..Korang rasa pelik tak cara aku ni?HAHA..Aku jumpa cara ni masa belajar kat MRSM Taiping dulu..Sampai sekarang aku masih buat cara yang sama..huhu...
Tak ada apa-apa yang menarik pun yang berlaku untuk hari ni.Tapi aku masih ingat satu perkara lawak masa kelas BEL260.Kitorang kena kongsikan berita yang kitorang baca dari The Star hari Isnin..Ada seorang perempuan kelas yang satu lagi[dalam BEL260 kelas aku kena gabung dengan satu lagi kelas.] kongsikan pasal hal seorang lelaki marahkan isteri dia sebab tak nak penuhi keinginan dia.Alah,korang faham-faham sendiri jela.
Memang tajuk tu jadi isu hangat lah tadi.Yang perempuan tak habis habis back-up si isteri dan lelaki pula apalagi kan,mestilah tolong gender dorang juga.Bayangkan lah,si suami boleh pula nak baling lesung batu kat isteri dia.Aduyai..Dahsyat! Huhu..[Aku peliklah juga,dalam banyak benda nak baling apahal dia pilih lesung batu kan?HAHA..
Oh ya,sebelum terlupa.Aku nak inform yang aku akan jadi SANGAT-SANGAT SIBUK dalam tempoh seminggu dua ni..Hari Sabtu ni ada Test untuk subjek Biology dan Physics.Hari Rabu depan aku ada Test untuk subjek Math dan Chemistry.Seriously,TEST TAK SAMA MACAM QUIZ TAU! Lagi complicated..So,memang kena struggle lagi la kan.
Jadi janganlah pelik sangat bila aku dah kurang update blog,twitter,facebook etc..Sebab memang sibuk ni..Kalau korang tengok aku online, atau masih ada update blog tu kira aku beruntunglah sebab ada masa lebih sikit..huhu..Lepas test nanti aku akan busy dengan Final Exam pula.Senang cerita memang packed lah jadual belajar aku ni.Takpe takpe..next year aku akan free sampai bulan September..
Thanks for reading.Do leave your comment. :D
0 00 cute and handsome bloggers comments:
Post a Comment