"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Wednesday, September 14, 2011

MY UNCLE :'(

Oh I am really sad right now.Let me write in my language-->Malay language.

Esok,genaplah seminggu pakcik aku(aku panggil dia Apok Jeri) meninggalkan kami semua..Aku sangat rindukan dia.Baru 2 minggu lepas aku jumpa dia.Setiap kali aku buka facebook,atau terbaca,terpandang gambar dia mesti airmata aku akan mengalir.Sedih.YA,memang aku sedih.

Aku bukanlah anak saudara dia yang paling rapat dengan dia memandangkan aku asyik duduk kat asrama.Tapi aku selalu la pergi rumah dia kat Jengka 3,Pahang dengan famili bila ada masa lapang.So,aku agak rapat dengan dia.Apa yang buat aku betul-betul sedih sebab aku rasa  aku masih tak bersedia nak menerima yang dia dah tiada dalam dunia ni.

Aku masih teringat setiap kata-kata terakhir dia masa aku jumpa dia(hari raya).Aku masih ingat,lebih kurang 2 bulan lepas aku dapat panggilan daripada abah.Abah pergi melawat Apok kat Jengka.Masa tu aku ada kat UiTM.Masa tu baru kami tau yang apok ada penyakit(apok pun baru tau sebenarnya).Rupa-rupanya dia menghidap barah usus.

Aku harap sangat dia tak apa-apa tapi tuhan lebih sayangkan dia.Masa aku jumpa dia(hari aku nak balik UiTM-4/9/11) dia ada bagitahu aku,minta aku doakan dia selamat dan suruh aku belajar rajin-rajin.Setiap kata-kata dia akan aku ingat.Okay memang,memang aku tahu yang hidup memang akan mati tapi aku rasa kepergian pakcik aku ni terlalu awal dan semua ahli keluarga aku masih bersedih.

Masa aku telefon abah,mak,dan adik-beradik aku yang lain,kami akan sama-sama menangis bila teringatkan arwah.Dia sebenarnya adik bongsu abah.Sesekali tu,aku tak boleh nak tengok facebook sebab aku teringat kenangan aku dengan arwah.[takperlu la aku nak cerita kat sini pulak kan.urm].

Aku tahu,Hanya satu perkara je yang boleh buat aku hilang semua kesedihan ni.MASA.ya,masa je yang akan dapat sembuhkan hati aku.Aku harap pakcik aku[Mohd Nazri] ditempatkan dikalangan orang-orang yang diberkati olehNya.Amiin..

Sedekahkanlah Al-Fatihah untuknya.

Thanks for reading.Please leave your comment. :D
Reactions:

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com