"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Monday, July 18, 2011

HOBI AKU.[Tidur Or Online?]

         Bila dah mula cakap pasal hobi aku rasa ramai kawan Facebook aku mesti tau apakah hobi aku..Hehe..Aku memang suka sangat online.Tapi sebenarnya,hobi pertama aku adalah TIDUR!!  HAHA..

         Alah,tipulah kalau korang kata korang tak minat tidur kan? Kalau aku disuruh pilih antara tidur dan online memang aku pilih tidur..Haha… Kalau kat rumah aku memang selalunya tidur.Sampaikan mak aku kata “awak ni iqqah,mak tengok asyik tidur,tidur,tidur!” Huhu…
             
         Pernah satu kali aku tidur lepas Zuhur sampai pukul 5.30 petang,abah yang kejutkan aku dari tidur yang nyenyak..Itupun lepas dia goncang aku berkali-kali dan tipu aku! Abah kata dia nak bawa aku keluar jalan-jalan dan nak belanja aku makan Bakso.Aku pun,okay lah..dah lapar gak ni..[Ish ish kau ni iqqa,makan tu lagi penting dari tidur eh?] Aku cepat-cepat bangun,solat Asar then bersiap untuk keluar.

         Yang paling tak boleh blah,abah dengan selamba tengok tv.Bila aku dah siap,abah kata “Ni bersiap nak pergi mana?” Aku plak just speechless … [cis,kena tipu woi!Grr]Pastu apa lagi,aku protes lah kan.Terus capai kunci motor then ajak Iezzah[adik bongsu] keluar pergi makan angin..Tak dapat makan Bakso,makan angin pun boleh lah..Tsk Tsk T.T
Okay,itu kisahnya.Hoho..Bagi aku,online plak boleh buat aku rasa lega dan rileks.Sebabnya aku boleh lepaskan apa-apa yang aku rasa kat Twitter,Facebook dan Blog kesayanganku ini..Memang ini lah tiga website yang WAJIB ada dalam tabs Google Crome setiap kali aku online.

           Aku suka luahkan perasaan dan update mood aku kat Twitter sebab tiada siapa pun nak kisah.Suka hati aku lah nak tulis apa pun.Bila ada orang mention,ikut suka aku lah nak reply ke tak nak.Mana ada butang comment.Yang ada butang retweet,mention,direct message,reply..

           Tapi memang susah lah bila aku online Twitter waktu malam sebab masa itu memang ramai kawan Twitter aku online sekali.Dahla followers aku ramai,so bila aku tweet memang ramai yang reply ni.Pening juga kepala aku nak reply satu-satu.So,aku selalunya reply mana-mana yang aku betul-betul kenal je.


           Kalau Facebook pula aku selalunya akan buka Groups..Aku nak tengok juga apa-apa info terbaru daripada Groups..Antara wall group yang wajib aku buka adalah wall group UiTM Puncak Alam ‘11/12,MDS UiTM Puncak Alam Mei 2011,Everything About KPOP[International],PI080 D1 UiTM,Geng LSB ‘11/12..Sebenarnya aku ada banyak sangat groups ni.. Kawan-kawan aku suka sangat add aku masuk group diorang.


           Hey,even my family also have our own group! Sepupu aku punya kerja lah tu.Suka hati buat group,lepas tu TAK AKTIF pula tu..Aiseh.[aku tunggu masa je nak leave group tu.HAHA]

                           Thanks for reading.Please leave your comment. :D
Reactions:

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com