"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Monday, July 18, 2011

KENAPA AKU SUKA UNGU ?

         UNGU…Bagi aku warna ungu memang cantik! :D Aku pun tak perasan sejak bila aku suka warna ini.Kalau boleh memang aku nak bagi semua barang kepunyaan aku warna ungu tau.Tapi aku bukan lah fanatik sangat sampai macam tu.Lagipun,kita pun perlukan variasi dalam hidup.Kalau semua benda nak warna kegemaran kita je,kan bosan.

         Bila abah dan mak suruh aku pilih sesuatu benda,selalunya benda yang berwarna ungu menjadi pilihan aku.Aku rasa mungkin sebab aku suka sangat warna tu,jadi aku sendiri jadi tak sedar dan warna tu juga lah yang menjadi pilihan.Selain warna ungu,aku pun minat warna merah dan biru.

         Kalau orang tanya aku minat warna ungu yang macam mana? Aku akan cakap aku suka semua tona warna ungu.Semuanya cantik bagi aku.Bila aku cerita pasal warna kegemaran ini tiba-tiba aku teringat yang aku pernah benci warna pink.Mesti korang pelik kan.Aku ni perempuan dan warna pink selalunya dikaitkan sebagai warna perempuan.Then,kenapa pula aku benci warna tu?

        Sebenarnya aku rasa warna pink tu menampakkan kita ni macam terlalu feminin.Disebabkan itu juga lah aku rasa aku memang tak sesuai dengan warna tu.Aku sedaya upaya elakkan warna pink bila nak beli apa-apa barang.Kalau nak tengok aku pakai baju or tudung warna pink memang takkan merasa lah masa tu.[Geli sangat aku nak pakai warna tu.]

        Oh ya,aku pernah perang mulut dengan seorang kawan ini sebab aku benci pink.Kawan aku ni memang minat sangat dengan pink.Dia sibuk tanya aku kenapa aku benci warna tu.Bila aku dah bagitahu,dia sibuk pula nak suruh aku suka pink.Katanya pink warna perempuan lah.bla..bla..Aku tetap dengan pendirian aku masa tu.

         Semuanya berubah apabila aku kena ceramah panjang oleh emak dan abah kesayangan. Dua-dua tak puas hati kenapa aku benci sangat warna pink.Aku pula cuma dengar je.[tapi dalam hati tetap tak nak terima pink!] Lepas ceramah tu,mak dan abah mula belikan aku barang-barang warna pink.Diorang tak nak aku bencikan warna tu.Bagi diorang,tak kisahla kalau aku tak suka pink,tapi janganlah sampai benci.

         Pada mulanya aku memang tak nak terima langsung barang-barang tu.Tapi bila fikirkan balik,kesian la pula pada parents yang dah belikan barang tu.Maka aku pun simpan lah. Bila dah makin banyak barang warna pink,akhirnya terbuka juga pintu hati aku untuk terima warna ni.

         Apapun,aku cuma boleh terima je warna pink dan tak bencikannya lagi.Warna pink memang takkan jadi warna kegemaran lah.Cukup sekadar aku terima kewujudan pink.huhu..Baru-baru ni aku pakai baju kurung ungu+pink dan bertudung pink sebab klasmate semua dah plan nak pakai theme warna pink.Ada seorang kawan sekolah aku tau yang aku tak berkenan sangat dengan pink[masa dulu lah.sekarang dah ok J ] nampak aku.
Dia macam… “Eh,Iqqa.Kau pakai baju warna pink?PINK? PINK?PINK?” :O Berkali-kali dia ulang perkataan pink tu..huhu..Aku buat tak tahu je.HAHA.

haha.pink..
                        Thanks for reading.Please leave your comment. :D
Reactions:

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com