"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Sunday, July 31, 2011

Trip To Ulu Yam With Geng Lawatan Sambil Belajar 11/12

           Hello..seronok betul semalam.Aku bangun awal sebab nak bersiap untuk mengikuti lawatan sambil belajar bersama ahli-ahli kelab Lawatan Sambil Belajar..Semalam kami pergi ke Resort Ibu,Ulu Yam,Hulu Selangor.Pukul 7.30pagi dah kena berkumpul kat FSK.Kalu tak,alamatnya kena tinggal dengan bas lah.

           Cantik tau tempat tu.Boleh tahan lah.hoho..Banyak aktiviti yang kitorang ikuti semalam.Antaranya meredah sungai,berakit,main tarik tali,bina bangunan menggunakan straw...Memang fun lah.Masa aktiviti pertama,iaitu meredah sungai aku memang bersyukur sangat sebab aku pakai kasut.Kalaulah aku tak pakai kasut masa tu memang confirm kaki aku ni banyak luka.Batu-batu dalam sungai tu tajam dan licin.Yang bestnya,ada satu masa tu kena berenang melepasi satu kawasan air yang agak dalam.Psst: kaki aku tak dapat sentuh pun dasar sungai.Lagi satu,AKU TAK PANDAI BERENANG OKAY!.. So,aku asyik fikir cara macamana nak melepasi sungai itu ikut jalan yang dekat.Maksudnya aku tak nak lah lalu ikut laluan tu walaupun ada abang yang jaga.Seorang demi seorang di lepaskan and nasib aku memang baik.Bila sampai turn yang nak dekat dengan aku,abang tu kata boleh lah gerak ramai-ramai.So apalagi kan,aku terus pegang kawan-kawan aku yang tinggi belaka untuk dapatkan keseimbangan sampailah kami melepasi halangan tuh. [Sungai tu tak dalam mana pun,cuma ada satu kawasan je yang memang dalam.].

          Lepas habis aktiviti meredah sungai,aku ikut aktiviti berakit pula.Memang inilah aktiviti yang paling memenatkan.Semasa di Ulu Yam,kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.Aku pula dah dipilih masuk kumpulan 6 bersama dengan Ayu,Ain,Alin,Putra dan Faiz.Memang best lah dapat satu kumpulan dengan dorang nih.Okay,berbalik pada aktiviti berakit.Kami perlu berakit kat satu kawasan yang airnya tenang aje.Ye lah,kalau air tu deras habislah.*Ni guna rakit,bukannya kayak.Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan.Ada dua kali perlawanan.Kali pertama dikira kalah mati dan 3 group yang menang akan lawan peringkat final.Masa final,pemenang dikira mengikut masa yang paling cepat untuk patah balik ke tempat permulaan.*Laluan rakit tu bukannya jauh sangat sebenarnya.hehe.Pusingan pertama,kumpulan aku menang bila lawan dengan kumpulan 5.Itupun memang sengit tau.Dekat je masa antara kitorang.Oh ya,kitorang kena pusing kawasan tu dua kali.Maksudnya kena ada dua round baru dikira masa tamat.Alin,Ayu dan Faiz yang mulakan untuk round 1 and Putra,Ain,aku pulak habiskan round 2.Masa final,group aku dikira group paling laju.Masa yang diambil adalah 4 minit lebih je.Group yang dapat nombor 2 pula amik masa lebih kurang 6minit lebih.hehe..

           Habis untuk part aktiviti berakit.Sekarang nak cerita tentang aktiviti main tarik tali.Group aku dapat nombor 2 untuk aktiviti nih.Semuanya sebab kami kalah dengan group 4.Memang kuat lah dorang.Aku tak dapat nak bantu sangat.Sorry sangat-sangat..Sobs Sobs..Takpelah,kami dah berusaha dah tau..hee.Finally,kumpulan aku dinobatkan sebagai kumpulan kedua terbaik keseluruhan..hehe..Okay lah kan ;) Semua aktiviti habis dalam pukul 4.00petang.Masa tu semua orang nampak penat dan lesu.*Aku pun..Lepas selesaikan Zohor dan Asar aku tunggu jela bas sampai.Tiba-tiba ada satu group lain.[Aku tak tau group apa tapi ramai antara diorang berbangsa India] datang and diorang pun main aktiviti berakit tu.Okay,tak nak cerita panjang sal group tu.Hee..Sambil menunggu bas,kumpulan aku pun bahagikan hamper tu pada semua ahli.Aku memang suka sangat ni sebab kitorang dapat hamper kan.So,makanan!! My favourite.haha..LOL...

                                   Ini lah beberapa keping gambar yang berjaya di-snap..hoho..

Ini Sarah,my classmate :)

This is me! haha..
.
Tenang je kan air ni..

Suka tempat ni.

Bila masa dia ni masuk gambar aku pun xtau.HAHA..

Sarah..hee ;)

Masa ni dah siap untuk balik UiTM..

Sempat lagi kan.HAHA..

Cerianya..Huhu..


        Itulah serba sedikit mengenai lawatan sambil belajar ke Ulu Yam,pada hari Sabtu yang lepas..hee..Amacam?boleh jadi macam report kan?HAHA..Hopefully ada lagi lawatan lain lepas ni..Apapun,lawatan kali ini memang gempak lah! :D


                                  Thanks for reading.Please leave your comment. :D

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com