"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Thursday, December 29, 2011

NO STEALER ANYMORE~! HAHAHA

Hehehe okay nak luahkan perasaan gembira di hati ni.. HAHAHA...

Aku sangat lega.. Akhirnya aku berjaya menyekat sedikit sebanyak aktiviti copycat kat blog aku ni.. Aku sebenarnya tak pernah nak ambil kisah sangat pasal diorang tapi lepas aku terkena, maka aku terus lah ambil langkah berjaga-jaga.

Untuk pengetahuan korang,segala apa yang ditulis dan gambar milik aku yang telah diupload ke blog ni tak boleh di download atau di copy. Yela,kalau korang sekali pun, dah penat-penat menulis sampai tangan naik lenguh sekali dapat tahu ada orang lain post benda yang lebih kurang kat blog diorang [diambil hampir 100% dari blog korang] Takkan lah tak rasa bengang kan?

Ini lah yang terjadi pada aku. Tak perlu la aku nak mention siapa-siapa kan tapi bagi yang pernah buat,korang tahu lah. Kalau dah dapat permission tu tak jadi apa-apa masalah tapi yang sebaliknya tu? Lu pikir lah sendiri. Mulanya aku ingat takde sesiapa lah yang nak curi gambar ke,ayat ke atau apa-apa jela kat blog aku ni..Aku ni pun bukannya famous pun..Jadi aku tak pernah ambil kisah dengan segala gambar yang aku upload ke blog ni. Rupa-rupanya apa yang aku fikir tu tak macam tu.

Satu hari ni, aku discover ada blogger lain ambil gambar dari blog aku then upload kat blog dia..Kalau setakat   gambar yang biasa-biasa [boleh search kat google] tu aku tak kisah tapi ni gambar-gambar yang aku upload sendiri. Penat aku cari then bluetooth segala,baru upload sini. Sekali aku baca blog dia, ada gambar-gambar tu SERUPA dengan gambar dalam blog aku ni.Panas jugak la hati ni kan hhuhu sebab dia tambah sekeping dua je. Yang lain copy paste dari blog ni..Tapi bagi orang lain yang dah baca blog aku dan dia? Apa pulak diorang fikir kan? Silap-silap aku pulak yang dituduh copycat.

Aku ni tak rajin la nak letak nama blog kat setiap gambar macam kat bawah ni :

Gambar sekadar hiasan



Aku tak rajin sebab kadang-kadang aku suka upload banyak gambar..Penat lah nak edit macam tu untuk setiap gambar kan.Lagi satu,tu akan melambatkan idea aku nak menulis..[Tengah menulis tiba-tiba kena stop pulak nak edit bagai tak kuasa aku HAHA] So,aku prefer upload je dan letak sepenuh kepercayaan kat korang. Tak sangka ada jugak kes macam ni kan HAHA

Tapi takpe,sekarang aku tak perlu khuatir lagi sebab aku dah disabled kan semua function tu..Even korang nak copy ayat pun tak boleh. Sekarang ni aku jadi lebih selamat lah nak menulis kat sini sebab aku rasa takde sesiapa dapat meniru apa-apa kat sini lagi hehehe :)

Okay lah,ni je luahan hati aku sekarang ni hehe..
  
NOTE : Yes~! Lepas ni tak perlu risau kalau-kalau ada yang berminat nak curi apa-apa kat sini lagi hehe :)

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com