"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Monday, May 7, 2012

Karnival Mesra Belia 1Malaysia :)

Hello!! Okay I got a new story for ya! ;)

{Malay language mood : [ON] English language mood : [OFF]}

     Okay kali ni nak cerita pasal apa aktiviti aku pada hujung minggu yang lepas ;) Hehehe seronoklah sebab at least aku ada banyak benda nak cerita ni aahaha.. Okay kita mula dengan hari Sabtu okay?

Sabtu, 5/5/12.

      Hari ni aku bangun agak lambat. Why? Sebab pagi tu hujan ahaha.. Biasalah kalau time hujan memang susah sikit nak tinggalkan tempat tidur,SEJUK! Itu adalah salah satu punca yang menyebabkan keselesaan berganda XD Jadi pada pagi yang malas tu,aku memang plan nak relax je kat rumah and kalau boleh nak online je sepanjang hari... Tapi.. tapi... ada Karnival Mesra Belia 1Malaysia kat Pekan Kuala Klawang (bout 10 minutes from my house). So,abah ajak semua pergi tengok apa-apa je yang ada kat sana. Aku dah agak memang akan ada banyak aktiviti tapi sifat kemalasan aku mengatasi haha so memang aku tak join apa pun..
Sesampainya aku kat Padang Besar Kuala Klawang tu,aku nampak diorang busy ikut senamrobik,okay aku tak join ni sebab aku malas :P Guess what? Epul Raja Lawak berdiri betul-betul depan aku dan aku tak perasan itu adalah dia! -,- aku nampak seseorang pakai baju merah ada lambang Raja Lawak. Aku takde la minta ambil gambar ke apa sebab tak tau itu adalah dia,aku ingatkan staf Astro >.<

     Lepas tu,terus pergi tempat pendaftran. Abah memang rajin kalau bab-bab masuk competition ni. So,dia join 4 aktiviti ; Boling Kelapa,Timbang bola,Bawa belon berpasangan dan ....okay satu lagi aku lupa (>.<) nanti aku update balik yang ni. haha.. tapi yang pasti dalam semua ni,abah menang tiga :) Timbang bola tu abah kalah..hihihi...




     Mulanya aku jalan dengan abah,Irrah,Iezzah dan Irrul.. Tapi masa persembahan taekwondo,silat cekak,and wushi (macam wushu je kan haha), aku terserempak dengan Fatimah,kawan lama hihi.. So,lepas tu aku pun jalan-jalan sekitar padang tu dengan dia je heeheh..

     Jalan sampai nak bosan. Lepas tu,aku pergi lah tengok and bagi sokongan dekat abah :) Habis semua penyampaian hadiah,aku baliklah.

Ahad,6/5/12.

     Okay,aku memang tiada idea langsung tentang apa-apa show kat Klawang malam ni. Sekali aku nampak Rody Kristal tweet yang dia ada kat Padang Klawang. So,apa lagi aku terus sedih semacam. Sebab apa? Sebab aku pening kepala sangat-sangat time tu :( Aku ingat aku memang tak larat nak pergi tengok diorang tapi syukurlah sakit kepala tu takberpanjangan..

     Pukul 9 malam,konsert karnival tu dah start dah pun. Aku sempat dengar semua artis yang hadir menyanyi tapi aku tak sempat nak tengok full performance of Nubhan and Kristal (Dua lagu je sempat).

Okay,memang aku HAPPY GILAGILA dapat tengok Kristal lagi hehe..K malas nak tulis panjang-panjang lagi. Nah tengok jelah gambar-gambar ni semua ^__^

 Yazer! Rock steady!

-[Siti Nordiana]-

Nice shot from my sister. This is Rody! the guitarist of Kristal [my favourite band] ;)

Aku tweeted gambar Rody ni dekat Twitter dia and dia replied!! hoyeahhh



Azlan & TT !! :)

Okay,that's it.Oh yeah,nak sambung tengok Beast kt YouTube.byebye XD
Much Love xoxo,

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com