"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Thursday, August 9, 2012

Kerja bertangguh?

     Alahai.. terkena lagi aku kali ni.. Kan dah bagitahu janganlah buat kerja last minute tapi kau tak nak dengar.. Buat jugak kerja last minute.. Inilah padahnya..

     Malang tidak berbau.. Aku pun setuju dengan dengan pepatah lama ni.. Kadang-kadang pada masa yang kita paling tak sangka lah akan terjadi sesuatu yang kita harap sangat dijauhkan.. Tapi kalau nak terkena jugak memang kita tak boleh lari daripada keadaan tu..

     Meh aku cerita sikit pasal apa yang terjadi pada aku akibat sikap bertangguh ni. Aih.. Bukannya aku nak dedahkan pekung sendiri atau apa cuma nak korang jadikan sebagai pengajaran.. Okay? Aku cakap sini kira habis sini jelah yer? Okay start..

     Okay memandangkan sekarang ni musim bakal pelajar degree online mencari sumber dana untuk pelajaran.. termasuklah untuk memohon ptptn.. Aku pun mohon jugak ni.. Eheh
So,masalah utama aku adalah suka menangguhkan proses pendaftaran.. Menci* jugak lah dengan perangai aku yang satu ni… Suka sangat la nak lepak dulu..(ala,macam orang zaman sekarang cakap tu “Ala,relax la bro!”) -___-

     Jadi kisahnya sampai sekaranglah aku masih tak daftar.. eh,aku dah isi semua tau dalam website ptptn tu,cuma malas nak tekan sah hantar je.. -,- << ni yang malas sangat kan? Grr
Tau apa kesudahannya? Disebabkan sekarang dah boleh mula sahkan maka ramai lah yang berpusu-pusu serbu website tu nak daftar.. Kesan : Kena maintenance la apa lagi kan.. Ini lah yang menyebabkan perkara ni TERTANGGUH lagi..

     Okay semua.. jangan ikut cik Shafiqqah ni.. Dia ni memang nak kena lempang dengan abah dia. Takpe takpe,esok jugak aku selesaikan hal ni.. tak kira la nak bangun awal gilagila or stay sampai tengah malam. Tu jela eh.. Apa? Ala,janganlah rasa pelik sangat.. Bukan selalu aku update blog ni dalam Bahasa Melayu hihi << ayat bajet orang mat salleh -,-
*Menci = Benci. Sukahati aku je. Apsal?jeles? haha

/actually written last two nights hehe/

Reactions:

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com