"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya 2012 ;) Duka dan gembira..

Hello semua.. Memandangkan kali ni post adalah berkenaan dengan hal diri aku dan agak rumit (and malas) nak translate kepada bahasa kedua aku,iaitu English maka dengan ini izinkan post kali ini ditulis dalam bahasa Melayu hihi..

     So,amacam sambutan raya dekat tempat korang? Mesti best kan.. Ha.. Ini yang nak start cerita sedih ni.. Tahun ni merupakan tibanya giliran untuk beraya di kampung sebelah abah aku kat Jengka 3,Pahang.. Jadi,punya lah seronok nak menyambut kedatangan Syawal..Kitorang pun balik awal sikit..(Yela.. nak buat semua persiapan nak sambut raya ni)

     Aku dan family terpaksa bertolak balik kampung pada hari kedua terakhir Ramadan.. Terasa awal sangat pulak kan.. Tu la pasal,majikan abah pulak buat hal.. Cuti dia dibekukan oleh orang atasan pada saat-saat terakhir.. Cuti abah and rakan-rakannya tak la dibekukan,tapi ada syarat sebelum balik beraya,iaitu kena tunaikan Solat Hari Raya bersama-sama.. Lepas tu baru boleh balik ke kampung masing-masing.. Aish,tu la susahnya bila bekerja dengan orang.. So,besar nanti jadi lah bos,okay? Hihi

Nak dijadikan cerita… Masa hari last kia berpuasa..

     Semua orang sibuk nak siapkan apa yang patut untuk sambutan raya kali ni.. Bakar lemang,Kemas rumah,masak rendang and etc.. Yang aku ni,dapat shif untuk keringkan semua daun pisang.. Sebagai persiapan untuk menyediakan lemang.. Aku pun sidai la semua daun pisang tu kat belakang rumah.. Masa aku nak kutip balik semua daun tu,kaki aku terpijak paku lama yang sepanjang 2 inci setengah tu.. Orang lain punya la lama duduk kat belakang rumah tu,aku jugak yang kena.. Itu la orang kata,”kalau nak terkena tu, kena jugak”.

     Lebih kurang macam ni la rupa paku yang aku terpijak tu :’( (ehek,takdela sampai tembus kaki aku,yang masuk dalam kaki aku cuma setengah inci,eh dalam jugak tu)



     Hmm.. straight lepas terpijak paku tu,pak cik aku terus tepuk kaki aku dengan selipar dua kali (kuat wehh!) kononnya untuk keluarkan bias paku yang berkarat tu.. Then,terus pergi klinik untuk dapatkan suntikan Tetanus.. yela,berkarat tu.. bahaya tau.. Akibatnya? Aku tak dapat la nak beraya ! L

     Kaki aku ni terhencot-hencot je.. Punya la sakit time nak menapak.. “ Alaaaa… ciannya diaaa” à aku selalu dengar ayat ni -,- Rasa macam nak sepak pun ada.. dah nampak aku sakit tu tolong la dukung ke apa… eh? Hahaha

     Aku pun kurang bergambar la raya kali ni.. hihi aku memang tak gemar snap-snap pictures ni.. Rasa macam artis.. ops! Haha takdela… hikhik.. Nah amik la sekeping dua..

My family ;) Izzul,apahal mata kau tu?


With my siblings..


Apa-apa pun,raya tak habis lagi ni.. So, Selamat Hari Raya to all my muslim readers !
P/s : Next week nak daftar masuk Universiti,harap-harap kaki ni sempat sembuh.. Doakan la yer hihi..

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com