"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Monday, September 24, 2012

Larian Utara UniMAP-Utusan 2012 :)


Hai hai hello !!

Music playing \\Star (Hearstring OST) by Minhyuk..//

     Minggu ni memang satu minggu yang sangat memenatkan untuk aku.. Aku harap sangat berat aku tak menurun lagi. Seminggu lepas Minggu Suai Kenal  berakhir, berat aku turun 3kg tau! Risau aku dibuatnya.. Aku ni dah la kurus,nanti bertambah kurus jadi macamana la pulak kan..huhu..

Meh la aku cerita sikit apa yang buat aku penat sangat ni.. HAHA

     Hari Sabtu yang lepas (22/09/12) pihak universiti ada menganjurkan Hari Larian Utara UniMAP-Utusan 2012.. Sepatutnya semua pelajar diwajibkan untuk lari sama-sama,tapi ada sebahagian daripada kami ni kena join program khidmat masyarakat.

     Aku kan ahli Kor Sispa I.. Jadi aku ni termasuklah dalam grup yang jadi sukarelawan program khidmat masyarakat kat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan.  Aku memang dah agak yang kitorang(ahli Kor Sispa I) jadi sukarelawan sebab kami kena berkumpul di tempat yang lain daripada peserta lain..Pelajar lain semuanya kena berkumpul kat Dataran Kubang Gajah (tempat permulaan larian)..

     Masa kat SMK Syed Hassan tu aku ditugaskan untuk mengemaskan bilik MPV Kelab Kafeteria. Nasib baik bilangan kami ni ramai,jadi lagi cepat la semuanya dikemaskan. Siap je semua kerja,aku pun bergerak ke tempat penamat di Dataran Dato' Syed Ahmad. Semuanya berjalan lancar :)

Nah nah..Tengok la gambar yang tak berapa cantik ni (Aku kan tak pandai ambil gambar HAHA)

kami memang rapat :D

dengan maskot!! :P


Ehem,hari ni pulak..

     Penatnya!!! Aku memang sibuk pada hari Isnin dan Selasa.. Boleh kata hari Isnin la hari yang paling penat. Aku akan stay kat main campus sepanjang hari !! Memang tak sah la kalau aku tak jejakkan kaki ke Library Tuanku Faizzudin Putra(main library) tu.. So,sapa nak jumpa mehla jumpa aku kat situ HAHA :)
Bayangkanlah,aku sampai main campus(Pauh Putra) pada pukul 7:40pagi,then kelas terakhir habis pukul 6:30petang! -___- Lepas tu tunggu lagi bas..dalam pukul 8 malam baru bertolak balik ke Kolej Kediaman Wang Ulu yang ambil masa lebih kurang 45minit..  Sabar Iqqa,sabar..

Hmm okaylah.. itu jela dulu buat masa ni. Nanti aku update lagi.. Tata..

P/s: Esok birthday adik aku,Nur Shafiezzah binti Muhamad Shafie yang ke-6 ! :) Selamat hari lahir adikku Iezzah.. Kak Iqqah sayang Iezzah sangat-sangat!! <3 p="p">


4 00 cute and handsome bloggers comments:

orange_cute said...

hey beb~ko kat unimap?ak kat uitm perlis!

Unknown said...

ehhh hai!! Laaa dekat je kita ni !! :)

Arai Lekir said...

dah serik berjalan kaki 7km, cukuplah sekali tu utk degree

Unknown said...

huhuuhu jauhh kan? hihi

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com