"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Tuesday, December 18, 2012

Program Inovasi Sosial Bakti Siswa UniMAP 2012 :D

     Hai semua :D Akhirnya aku ada jugak masa untuk menulis.. Okay,last week memang sangat lah memenatkan  dan agak serabut jugak kepala aku memikirkan tentangnya hihi.. eh rasa pelik pulak ayat BM aku ni kan... Hmm...

     Minggu ni merupakan minggu terakhir untuk ke dewan kuliah dan mendengar ceramah-ceramah dari lecturers... Next week will be the study week before our final exam starts on 31st December 2012... Seram sejuk jugak bila memikirkan yang ada banyak lagi subtopik nak kena belajar sebelum amik exam yang susah gila tu nanti huhu..

     Oh,actually nak cerita pengalaman mengikuti Program Inovasi Sosial 2012 baru-baru ni... Kumpulan aku,bawah kelolaan Cik Mazwin.. Kami semua dapat ibubapa angkat dekat Kampung Pida Dua Sekerat,Perlis. Kalau aku nak cerita panjang-panjang pasal semua aktiviti untuk 3 hari tu memang berjela-jela la jawabnya.. Jadi,aku rasa kali ni aku nak buat macam dalam laporan jela hihi..

6 Disember 2012

16:00 Kami bertolak dari Kolej Kediaman Wang Ulu. Bertolak lambat sikit sebab nak kena tunggu semua ada dulu..

17:00 till 18:00 Kami keluar berjalan-jalan pusing kampung dengan motor! hehehe Rindu gila nak merempit weh T___T tapi aku memang sengaja tak nak tunjuk kehebatan aku depan kawan-kawan aku.. hehe eceh! hahaha so,sepanjang petang tu aku jadi pembonceng je..hihi terer jugak Rokiah tunggang motor tu weh.. aku kat belakang dengan muka kecut je hahaha.. Anyway,something happened to my two friends,Balqis and Amy... Tapi yang penting mereka selamat dan sekarang ni semua dah kembali kepada asal :)

the morning.   We spent our time with our beloved new family.. As for me,aku dapat seorang tok wan bernama Saadiah Long.. Anak-anak tok wan semuanya dah besar-besar belaka jadi tok wan tinggal seorang je kat rumah tu... I'm together with  Rokiah (my classmate) staying with our tok wan in the house :)

with my Tok Wan... Puasku cari gambar aku,Rokiah dan Tok Wan.. tapi tak jumpa..huhu sorry Yah..

7 Disember 2012

08:00 The next morning.... Bangun awal tau.. hihi sebab risau jugak.. hihi kat rumah orang kan.. hikhik... tok wan masakkan kami makanan kampung.. Memang aku teringat sangat kat kampung kat Pahang... Aku makan dengan sangat berselera okay! haha...Pukul 8 pagi ni aku gerak pergi rumah ayah angkat Attailah and Ain so that we can go together to rumah ayah Mira for our next activity :)

08:30 till 12:00 Kami busy membantu orang kampung dengan persediaan makanan kenduri merangkap makanan lunch kami semua hihi.. Tapi sebelum tu,kami bersama-sama tolong sediakan bubur Asyura:) Suka aku tengok classmates aku.. semuanya happy-happy belaka... Tak menang tangan aku tengok ibu-ibu yang ada melayan kerenah kami yang bising.. Sampaikan ada yang dapat gelaran baru.. Oppsss sorry my friends(bawang/jagung) heheeheh...

12:00 till 15:00 kami balik rumah ibu bapa angkat masing-masing untuk berehat.. Yela,banyak kerja yang dah dibuat... Petang tu kami kena berkumpul semula dekat rumah ayah angkat Ammar untuk aktiviti seterusnya hihi.. Aku ingatkan ada aktiviti yang melibatkan sawah padi rupanya kitorang main aktiviti sukaneka...

15:00 till 18:00 Kami pergi ke rumah ayah Ammar untuk games petang.. Aku ingatkan ada banyak aktiviti tapi yela,masa tak banyak so ada tiga aktiviti je yang ada... Cabutan bertuah, Boling Kepala Kelapa, dan Baling Belon Berisi Air... Boleh tahan jugak gandingan aku and Rokiah.. hihi banyak jugak hadiah kami dapat petang tu.. Aku sendiri tak sangka aku dapat cabutan bertuah hihi.. Dapat la satu set gelas kaca :) Tok wan kami tak dapat nak join kami punya aktiviti petang tu sebab dia sakit kaki.. Tapi dia tetap hadir untuk bagi sokongan.. Terharu aku :')

18:00 till 19:00 Memancing! okay macam aku pulak yang memancing --' fine,aku hanya jadi tukang tengok ja.. haha ala.. aku ni mana sabar nak tunggu lama lama.. risau pulak nanti aku yang makan umpan tu --' ha? tak faham? okay buat buat faham...XD

with my roommate,Jumiati :)


hasil tangkapan adik ni...jeles aku..

dia tolong cabutkan je tu.. haahaha



19:00 till 21:00 Bersiap-siap untuk keluar karaoke!

21:00 till 23:00 KARAOKE TIME?! oppss yeah sekali lagi aku tak nak tunjukkan kehebatan suara aku yang tak berapa nak lunak macam suara katak panggil hujan haha ok tipu... suara aku takda la seteruk tu --' Aku memang suka menanyi but not in front of other people..Masa kecik-kecik dulu boleh la aku join semua pertandingan karaoke kat rumah aku tu but not anymore.. Suara ni nak simpan untuk suami aku je ...eh? haha okay melalut lagi --' Kawan-kawan aku ni pun boleh tahan jugak... Sayangnya aku tak boleh stay lama malam tu because my tok wan minta aku dan Rokiah balik awal (anak perempuan la katakan hihiks)

8 Disember 2012

Our last day... wuwuwuwuwu sobs... Sedihnya nak berpisah dengan tokwan...

08:00 till 12:00 Seronok gila dapat naik lori weh!!! hahaha maklum la kami ni tak biasa naik lori,so bila dapat peluang memang sangat teruja okay.. hihi.. Pusing sampai Kampung Pida 5 (in Kedah dah rasanya.. kalau tak silap la hihi) Habis seluar aku kotor,,yela.. kejap berdiri kejap duduk... happy sungguh haha..(ada amik video tapi berat sangat.. so tak jadi upload)

12:00 till 15:00 kami berehat san mula start packing barang... to be honest, aku sebenarnya dah start kemas barang since morning.. Not because aku tersangat nak balik Wang Ulu,but because aku takut aku lupa barang-barang aku.. Ni cik Shafiqqah okay,seorang yang mudah panik.. So,memang kena kemas awal huhu.. tu yang sedih lebih tu.. Kali terakhir makan dekat rumah Tok Wan untuk program Bakti Siswa ni.. But don't worry,aku mesti akan datang lagi :)

17:00 Kami bertolak pulang ke Wang Ulu.. Hujan renyai-renyai masa tu.. Lagi sayu aku rasa... Sobsssssssss
T____T

Ha,itu je la yang aku nak tulis kali ni. Penat jugak menaip ni. haha.. P/S : Sila abaikan grammar aku yang berterabur okay? haha and oh, internet lembab sangat.. jadi tak dapat la nak upload segala gambar dalam post ni.. lain kali jela eh ? hihi

Lots of love,

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com