"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Friday, January 25, 2013

The King Of My Heart's birthday! I love you dad. Happy 48th birthday my sweet darling.

HELLO AGAIN.... Kali ni aku nak share pasal apa yang best untuk hari ini..hehehe

       Untuk pengetahuan korang,hari ni(25/01/13) genaplah 48 tahun usia abah aku di dunia ni. Abah sememangnya seorang yang sangat penting dalam hidup aku selain ahli keluarga aku yang lain. Nak dijadikan cerita, semalam kami sekelurga keluar ke Terminal 2,Seremban,Negeri Sembilan. Dah lama tau aku tak keluar berjalan-jalan dengan ahli keluarga aku ni. Yela,aku kan sekarang ni masih belajar nun jauh di Perlis sedangkan famili aku semuanya stay kat Negeri Sembilan ni. Jarak yang memisahkan kami ni boleh dikatakan lebih daripada 300km dan perjalanan dengan bas boleh sampai 12 jam tahu.. Sobss..

hello It's me :)

with my younger sister,Irrah.

       Tujuan utama kami ke Terminal 2 tu sebab adanya tempat memanah. Sebenarnya aku pun pelik tiba-tiba je famili aku nak ke situ sedangkan sebelum ni kami tak pernah pun ke situ (Ini first time untuk aku tau,tak pernah lagi jejak kaki kat Terminal 2. sobss kalau Terminal 1 tu memang selalu lah kan haha). Rupanya abah dah jadi ahli kelab memanah kat situ,so kitorang ni teman ajalah dia memanah haha.. Abah,Izzul dan Irrul je yang memanah. Masing-masing tunjuk terror haha.. Aku ni nak memanah?! hahahhahaha memang tak lah kan sebab tangan aku memang sangat kecil dan memang tak mampu nak tarik busur tu ha.... XD

       Bukannya aku nak merendahkan keupayaan diri aku sendiri tapi itulah kemampuan aku...hehe..Selesai je memanah, kami pun cari la pusat karaoke. Famili aku ni jenis open-minded sikit. Takda la nak over-over ni. Masa nak beribadah,kita beribadah. Masa untuk luangkan masa dengan keluarga,so gunakan masa tu untuk happy-happy..Walaupun kami ni suka ber-karaoke,kami tetap jaga hal-hal penting berkaitan agama ni. Apa yang bestnya,for the first time ever my mom menyanyi sekali dengan kami haha.. Rasa happy sangat sebab susah tau nak pujuk my mom tu kalau bab menyanyi ni. So,memandangkan mood dia dah baik tu kami minta la dia duet dengan abah.. Aww,jeles aku tahu... HAHA..

Blah la Irrah. XD haha

My younger brother, Irrul :D

That's my dad and....me. haha :)

Okay you can see me clearly there ahah


       Dah selesai berseronok sakan(berseronok dengan famili means meluangkan masa bersama-sama so kami memang tak shopping apa pun haha) , kami ingat nak balik rumah terus tapi my mom beria-ria pulak nak belikan kek untuk abah. Ni mesti sebab Izzul,Irrul dengan Iezzah yang pujuk. HAHA.. Aku dengan Irrah memang dah ready nak balik so kitorang terus ikut abah naik kereta.. Punya la lama tunggu diorang tak keluar lagi dari kedai kek. Abah tak tahu yang diorang nak beli kek,ingatkan sekadar nak beli roti...(sebab kek tu kat bahagian belakang,kat display tu banyak roti je)... Habis aku dengan Irrah kena bebel dalam kereta. Haihh. Tapi yang tak boleh blah,bila my mom terbocor rahsia, boleh pulak abah senyum. Haishh penat je aku dengan Irrah kena 'basuh' ~,~

"Happy Birthday 48 Years"

Okay that's my king!

Lupa nak alih kan pemetik api tu.. haihh
       So today, my mom buat special dish for my dad. Maybe not so special for you but as for me,memang la special cause it's my mom idea for her beloved hubby.. eceh.. ni yang buat aku nak kahwin cepat ni.. HAHAHA okay no. itu ayat mengada je lebih -,- It's Nasi Tomato.. Memang kenyang aku dibuatnya.. and yeah my mom is always the best cook in the world.. Thanks my dear mom..Love you..






       Then  tonight, we went out for dinner. Aku nak makan steamboat no matter what HAHA.. eh, dah macam aku punya birthday pulak dah. Asalnya aku yang nak belanja makan steamboat tu,but ended up my dad jugak yang pi bayar kat kaunter.. haih.. aku ni masih melahap lagi mana perasan abah dah pegi bayar hish geram aku. Abah kata,it's fine.. So, aku masih ada satu lagi peluang nak belanja dorang ni. Sebab esok kami sekeluarga nak pegi Port Dickson pulak.. Haritu mereka ni dah pergi jalan pusing Melaka dulu tanpa aku.. Haihh takpelah, dah lama jugak aku tak pergi PD ni... So,that's all for today... Esok kalau aku rajin aku update lagi ha... Byebye loves...

Reactions:

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com