"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Friday, July 26, 2013

Saya Punya Cerita :)

       Assalamualaikum semua.. rasanya masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca yangberagama Islam :) Hari ni sudahpun masuk 17 Ramadan. Tak sangka cepat betul masa berlalu,kan? Iqqa sendiri pun rupanya dah lebih sebulan bercuti hiihiks. Kali ni malas la nak menaip dalam English,bukannya pandai sangat pun. Sengaja je nak menulis dalam English sebab nak mempertingkatkan kemahiran sedia ada dan taknak nanti jadi makin teruk pulak.
 
       Lagipun,penguasaan Iqqa dalam bahasa Melayu terutamanya bila menaip esei pun nampak gayanya makin kurang dah ni huhu..Ohya,berbalikpada apa yang Iqqa naksampaikan kali ni... Dalam tempoh sebulan dua ni banyak perubahan yang berlaku pada diri Iqqa dan juga famili. Alhamdulillah adik perempuan Iqqa,Shafirrah Shafie sudahpun menyambung pelajaran dia kat KPTM Batu Pahat dalam jurusan Diploma Grafik Design. Tapi tu la,Iqqa sempat nak mesramesra dengan dia 2-3 hari je sebelum dia mendaftar haritu. Elok je kakak dia ni balik bercuti dia pulak berangkat keluar rumah. Eceh haha. So,katil queen tu saya yang punya la yer hahahaha.

       Sehari sebelum Irrah mendaftar,kitorang memang dah sampai Johor dah. Malas nak berebut-rebut masa hari pendaftaran tu kan..Kami menginap kat Hotel Crystal Inn. Malam tu abah ajak keluar main bowling dekat Summit UO tu and kitorang semua keluar la.. Tanpa disangka,abah panggil Iqqa suruh ikut masuk kedai phone. Sebelum ni memang abah ada kata yg dia nak belikan sesuatu utk Iqqa tapi Iqqa takda la berharap sangat(sebab kalau terlampau berharap bila takdapat nanti sedih la gamaknya).

       Guess what? Abah belikan phone baru wehehe.. happy baq hang! HAA AMEK KAU IQQA SPEECHLESS! Well excuse me,saya ni bukanlah dapat tajaan macam anda tu,and sebagai seorang student memang tak mampu la kan nak beli sendiri wuhuhu sobs. Lepas tu,apa lagi melepak kat bilik hotel jela hahahaha hampeh. Abah,Izzul and Irrul je yang betul2 pegi main bowling. Almaklum la hobi baru abah sekarang ni main bowling,dah bosan memanah katanya.

       Balik dari Batu Pahat,ingat nak jalan jalan lagi tapi dikejutkan dengan kedatangan atuk and nenek. Cewah ayat haha. Ingatkan atuk nak stay for 2-3 days je sekali nak angkut Iqqa balik Pahang pulak so, bye N9 saya balik kampung lalalala~Baru 5 hari teman atuk and nenek kat kampung,mak dah call byk kali suruh balik rumah.. hahaha rindu lettew XD After that? Banyak habiskan masa ulang-alik melawat budak gedik Irrah kat Batu Pahat tu jela. Yelah kan,budak baru belajar nak duduk asrama jauh dari famili haha.

       Sekarang ni? Tengah mengalami kejutan akibat jadual  fangirl yang padat hahaha. BEAST,INFINITE and BAP buat comeback, Ariana,Cody and Kim Hyun Joong baru released kan single terbaru,One Direction baru je released kan Best Song Ever  and yang paling dinantikan,Justin Bieber bakal released kan single Heartbreaker dalam masa 2-3minggu ni. Dia tengah sibuk dengan Believe Tour so entah bila baru blh released kan single tu. SOON. hahaa.

Okay la,sorry kali n memang nak ceritapanjangpanjang je. Malas nak upload gambar. Iqqa kan memang takpandai amik gambar. Memang kena kutuk dengan Irrah punya la haha. Ini jela buat kali ni babai :)

" Kena balik Perlis sebelum 23/8 sebab jadi PPMS. Doakan semuanya berjalan lancar yer. :)"


Reactions:

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com