"A blog. Made for me to share about my life. And yeah,this is my way of blogging.." -Shafiqqah Shafie

Wednesday, August 21, 2013

Hari Raya Dah Tiba, Masa Untuk Pulang Ke Perlis Semula..

       Hai hai semua. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!! Dah genap 2 bulan setengah Iqqa bercuti dengan keluarga. Iqqa balik rumah sebelum bulan puasa dan sekarang dah dua minggu raya dah pun. Cepat betul masa berlalu kan? Hmm.

       Hari esok Iqqa dah kena balik Perlis untuk menghadiri kem Pembantu Pelajar Minggu SuaiKenal 2013/2014(PPMS) selama 3 hari di Kedah. Lepas tu untuk persiapan Minggu SuaiKenal(MSK) sehinggalah MSK tu berakhir. Kawan2 yang lain masih seronok2 lagi beraya kat rumah tu tapi Iqqa dah kena bersiap balik ke Perlis. Itu pun dah kira okay la Iqqa balik 22/8 sebab sepatutnya Iqqa kena balik Perlis pada 17hb haritu.

       Iqqa tak jadi pergi Kursus Calon Bakal MPP kat Perak tu. Memang la Iqqa terpilih untuk ikuti kursus tu, tapi Iqqa tak pergi memandangkan Iqqa rasa cukup lah penglibatan Iqqa dalam persatuan ni. Better Iqqa fokus pada pointer..sebabnya? Yelah, pointer Iqqa sem lepas jatuh tau. Jadi, Iqqa kena buktikan pada abah yang Iqqa kena jadi lebih fokus pada pmbelajaran. (Sorry ayat bajet poyo XD ).

       Bila dah lama sangat cuti ni rasa malas tu macam bertambah. Ye lah, tiap hari menghadap phone, tv..mana ada nak baca buku. Alasannya konon buku2 sem 3 ni tak beli lagi. Hahaha macam2! Harap2 bila masuk sem baru nanti semangat belajar tu datang balik. Broadband tu Iqqa dah bagi adik Iqqa, Fyra pakai kat hostel dia so skrg ni Iqqa online guna phone jela.

       Update blog ni pun guna phone. Harap2 lepas dah pakai phone ni, makin bertambah rajin nak belajar. Yelah, sebelum ni pakai broadband bayar bulan2 so mmg sentiasa ada internet. Sekarang beli mobile internet, (beli yang mingguan je) so boleh la nak catu internet. Hahaha KALAU BOLEH LAA. XDDD

       Kita ni bukan apa..Kekadang angan2 tu je yang terlebih tinggi..tapi nak capai angan2 tu yang payah. Konon tak nak online selalu, tak nak layan kdrama dah, tak nak keluar shopping membazir masa tenaga dan duit...tapi akhirnya buat jugak. Apepun, ikhtiar dan percubaan tu kena ada. So, Iqqa akan cuba sedaya upaya lah yer. ;-)

P/S : Walaupun dah bercuti selama hampir 3 bulan, mood nak duduk dengan famili tu masih kuat. Wuwuwuu sobs.

Reactions:

0 00 cute and handsome bloggers comments:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Its Music Time! :)

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo

I don't need fakers cause it's ONLY ONE person that is 100% just like me and no one can copy it.

Followers

Copyright © All About Me | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com